Ringkasan Program
Memulakan perniagaan bukanlah perkara yang mudah. Begitu juga untuk maintain dan kembangkan perniagaan sedia ada. Kisah kegagalan perniagaan juga kita sering dengar. Mungkin kita juga pernah mengalaminya. Ada juga usahawan berbulan-bulan atau bertahun-tahun hanya di tahap yang lama sahaja. Keuntungan perniagaan tidak meningkat.
Pastinya anda setuju, kejayaan perniagaan bergantung pada menggunakan teknik dan strategi yang tepat.
Open Education ditubuhkan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), syarikat #1 Malaysia dalam pendidikan perniagaan Internet, dalam usaha mendidik dan membuka peluang pembelajaran khas bagi golongan dewasa dan bekerjaya yang inginkan pembelajaran lanjutan terutamanya dalam bidang keusahawanan Internet sejak tahun 2005.
Kaedah pembelajaran secara online memudahkan golongan bekerja atau usahawan mendapat ilmu yang boleh diaplikasikan pada perniagaan dalam menambahkan nilai diri dan perniagaan.
Platfom pembelajaran online yang digunakan adalah antara platfom yang tercanggih di dunia untuk memudahkan lagi pembelajaran dilakukan dari keselesaan rumah anda.
Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah melahirkan paling ramai usahawan online berjaya di Malaysia sejak tahun 2005 hingga kini.
Faedah Program
Siapa Perlu Hadir?
Keistimewaan Program
Oleh kerana program ini fleksibel dan dikendalikan pada hujung minggu secara live, online (Sabtu atau Ahad), ia memudahkan sesiapa sahaja mengikut kesesuaian masa anda, tidak kira dari mana sahaja. Dan jika anda tidak dapat sertai, keseluruhan rakaman akan diberikan pada anda untuk anda ikuti pada bila-bila masa sahaja.
Antara modul yang akan dipelajari
Berbeza dengan program atau seminar perniagaan Internet yang lain yang hanya menumpukan pada satu jenis teknik atau strategi, program 6 bulan ini merangkumi pelbagai teknik dan strategi perniagaan Internet dalam 14 modul yang disediakan khas dan disampaikan sendiri oleh pakar perniagaan Internet #1 Irfan Khairi.
Modul yang berkongsikan asas perniagaan Internet supaya peserta dapat memahami cara membina perniagaan Internet dengan cara yang betul.
Modul ini juga akan turut membantu peserta mencari idea-idea perniagaan berdasarkan minat dan permintaan untuk dijadikan “Business Based Assignment” sepanjang pengajian. Asas penjenamaan juga akan dibincangkan supaya perniagaan yang dimulakan dapat meminimakan pesaing dalam memudahkan lagi perjalanan perniagaan anda!
Dalam modul ini, peserta akan diberi bantuan dan bimbingan kepada persoalan, perniagaan apa yang terbaik untuk mereka mulakan?
Peserta akan mendalami teknik dan strategi menghasilkan laman web yang boleh mengubahkan prospek menjadi pembeli. Psikologi cara orang membeli di atas talian akan dipelajari supaya memudahkan peserta memahami apa yang membuatkan pelawat ingin dan mahu membeli produk atau perkhidmatan anda.
Elemen-elemen seperti susunan ayat, penggunaan gambar, dan perkataan-perkataan menarik emosi pelawat juga akan dikongsikan untuk memaksimakan pembeli di laman web anda dengan cara meningkatkan keyakinan pelawat membeli dari anda.
Dalam modul ini juga, peserta akan diajar cara membina laman web sendiri cara mudah untuk perniagaan yang dipilih. Dengan mengetahui cara membina laman web sendiri, peserta dapat menjimatkan beribu ringgit dengan tidak perlu lagi mengupah pereka laman web.
Tidak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan, sama ada mempunyai produk dan perkhidmatan sendiri, atau ajen, sama ada perniagaan jualan langsung, dropship, MLM, atau perniagaan berbentuk perkhidmatan seperti insurans, penasihat kewangan dan lain-lain adalah sangat popular. Model perniagaan sebegini memerlukan penjenamaan diri (personal branding) untuk mendapat daya saingan di kalangan pesaing yang lebih ramai.
Modul ini akan kongsikan teknik penjenamaan diri (personal baranding) yang juga boleh diaplikasikan pada apa sahaja jenis perniagaan.
Antara sebab kegagalan perniagaan Internet adalah usahawan menggunakan teknik pengiklanan yang tidak efektif. Dalam modul ini, peserta akan didedahkan teknik-teknik pengiklanan yang efektif di Internet, serta cara meminimakan kos pengiklanan anda.
Terdapat teknik pengiklanan percuma dan juga berbayar. Peserta akan ketahui teknik-teknik utama yang paling efektif dalam mendapatkan lebih banyak trafik dan pelawat ke laman web anda. Lebih ramai pelawat, maka lebih mudah untuk anda mendapat jualan setiap hari di Internet.
Modul penting ini akan mendedahkan teknik SEO atau Search Engine Optimization, yang bererti, cara membawa laman web anda ke hadapan enjin pencari seperti GOOGLE- secara percuma.
Dengan mengetahui teknik dan strategi SEO, ia dapat membantu memaksimakan tatapan laman web perniagaan anda di hadapan beratus atau beribu-ribu pelawat melalui enjin pencari Google- promosi percuma kepada anda!
Rata-rata, apabila pengguna Internet ingin mencari sesuatu, enjin pencari seperti Google merupakan tempat utama untuk lakukan carian. Bayangkan sekiranya prospek mencari sesuatu yang anda jual, dan terjumpa laman web anda setiap kali sesiapa sahaja mencari mengenai industri anda. Pastinya, memberi pulangan berkali-kali ganda tanpa sebarang kos kepada anda.
Pemasaran video adalah pemasaran media baru TREND TERKINI 2023. Oleh kerana pengguna Internet lebih ramai yang merupakan visual learners (pelajar visual) kaedah pemasaran menggunakan video adalah kaedah yang amat efektif dan ramai masih belum terokai.
Video dapat mengubahkan lebih ramai prospek menjadi pembeli berbanding dengan kaedah lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya menggunakan teknik dan strategi pemasaran video dalam perniagaan anda.
Modul ini akan menunjukkan kepada anda bukan sahaja teori, tetapi juga praktikal bagaimana anda boleh menggunakan video dalam melipat kali gandakan keuntungan perniagaan anda.
Tidak dinafikan lagi media sosial adalah media yang penting hari ini. Oleh kerana ramainya pengguna media sosial di Malaysia dan serata dunia, media sosial merupakan platform perniaagaan yang tidak boleh diabaikan.
Ramai yang menggunakan media sosial seperti Facebook dengan salah dalam perniagaan. Akibatnya, kurangnya followers, kurangnya reach, dan tidak ramai yang like atau share produk dan perkhidmatan yang anda promosikan di Facebook!
Modul ini akan menunjukkan strategi dan teknik terkini Facebook bagaimana anda boleh menggunakan Facebook dalam membina jenama perniagaan anda dan mendapat pelanggan berulang kali dengan hanya menggunakan platform media sosial percuma ini.
Trend berubah, Facebook, Instagram dan YouTube juga berubah. Apakah trend media sosial terkini yang akan dapat membantu anda tahun ini dan tahun hadapan?
Sejak kemunculan TikTok, Reels dan Shorts video-video pendek (Short Form Videos) kini mudah menjadi viral. Dengan mengetahui teknik viral ini, perniagaan anda juga boleh menjadi viral dan mendapat lebih ramai prospek dan pelanggan secara percuma.
Modul ini akan menyampaikan trend media sosial terkini 2024 supaya anda sentiasa berada di hadapan pesaing anda dengan teknik dan strategi terbaru dan terkini.
Modul ini akan kongsikan teknik memulakan perniagaan tanpa sebarang modal dan bagaimana hendak menjalankan perniagaan dengan pantas tanpa sebarang stok.
Namun bukan itu sahaja, konsep pemasaran affiliate juga dapat membantu perniagaan anda tidak kira menjual produk atau perkhidmatan dalam menjana ajen-ajen yang inginkan produk dan perkhidmatan untuk dijual. Maka, anda boleh mendapat ramai jurujual yang mempromosikan perniagaan anda!
Bagaikan serampang dua mata, modul ini dapat memberi idea tambahan kepada anda dalam memulakan perniagaan baru, dalam waktu yang sama, anda sendiri boleh membina rangkaian ajen melalui sistem affiliate anda sendiri.
Email merupakan medium utama komunikasi melalui Internet. Dalam pemasaran Internet, membina senarai email atau databes prospek dan pelanggan adalah amat penting.
Senarai email prospek merupakan aset dalam perniagaan Internet di mana, dengan mempunyai senarai prospek tersendiri memberi kemudahan kepada perniagaan untuk menghubungi prospek secara terus dalam promosi pada bila-bila masa sahaja. Namun, untuk menjadikannya efektif, teknik dan kaedahnya perlu betul!
Modul ini membantu peserta dalam mengetahui teknik dan strategi membina senarai databes prospek tersendiri yang bersedia untuk membeli daripada anda.
Modul analisa perniagaan Internet akan membantu anda dalam menganalisa pencapaian perniagaan Internet anda. Berbekalkan modul terakhir ini, peserta akan dilengkapkan dengan blueprint atau pelan tindakan apa yang anda perlu lakukan dan bagaimana anda boleh perbaiki perniagaan Internet anda pada bulan, atau tahun-tahun yang akan datang.
Dengan kebolehan menganalisa laman web sendiri, sebarang pembaikan perniagaan Internet dapat dilakukan dengan sempurna untuk keuntungan perniagaan jangka masa panjang!
Dalam modul TERBARU ini anda akan pelajari kaedah zero-cost marketing yang paling hebat iaitu “VIRAL”. Kini, kos pengiklanan seperti Facebook Ads adalah semakin mahal. Usahawan perlu bijak mengambil peluang VIRAL oleh kerana ianya percuma sahaja.
Sejak tahun lepas, Irfan Khairi telah menghasilkan lebih 200 video-video viral. Dalam modul ini anda akan pelajari formula menghasilkan content yang viral yang dapat membantu meluaskan pasaran perniagaan anda – tanpa kos!
Dalam modul bonus #2 ini anda akan pelajari kaedah penulisan efektif copywriting, iaitu penulisan untuk menjual. Di zaman internet dan media sosial kini, skil penulisan untuk menjual adalah amat penting dalam mengubahkan prospek menjadi pembeli.
Anda akan pelajari cara mudah menulis iklan, media sosial, laman web, dan skrip video yang boleh mendapatkan (convert) lebih ramai pelanggan.
Irfan Khairi akan pulang ke Malaysia untuk berjumpa dengan anda!
Program seminar khas “Bawa Perniagaan Anda ke NEXT LEVEL!” adalah program bersemuka di pusat latihan kami. Anda akan dijemput sebagai tetamu istemewa kami untuk berjumpa, belajar, dan berinteraksi di seminar bersemuka bersama Irfan Khairi yang julung-julung kali diadakan di Malaysia!
Peserta program akan menerima sijil penyertaan dari OpenEducation Malaysia sebagai anugerah pencapaian menamatkan program bersama kami!
PERCUMA?
Peserta program akan menerima sijil penyertaan dari OpenEducation Malaysia sebagai anugerah pencapaian menamatkan program bersama kami!
Irfan Khairi Sdn Bhd | 2022